
Sebelum kahwin, bila dengan sahabat baik
(BFF), selalunya kepala kita gila-gila. Bila sudah berumahtangga,
mungkin kena ‘control‘ ayu sedikit. Malu dengan suami.
Namun ada yang beruntung, suami dia pun tak berubah. Sama-sama saling melayan macam BFF.
Apakah tanda suami sayang isteri macam BFF?
Ini antaranya:
1. Lagi ‘best‘ lepak dengan dia
Anda lebih rela bersantai bersama suami anda daripada keluar
bersama-sama rakan perempuan anda. Bersantai tanpa berbuat apa-apa
dengan dia dirasakan lebih baik dari benda lain. Baring sama-sama atas
sofa, sambil silangkan kaki atas kaki dia.
2. Tiada rahsia antara kita
Dia benar-benar memberitahu anda segalanya. Anda akhirnya mendengar
segala rahsia untuk “lelaki sahaja” kerana dia tidak mahu menyorokkan
apa-apa dari anda. Jarang nak jumpa lelaki yang pandai gossip.
3. Minat yang sama
Anda dan dia mempunyai hobi yang sama. Cinta Awak 200% adalah waktu
istimewa yang anda kongsi dan tiada sesiapa pun yang boleh berkata-kata
ketika menontonnya. Semua kena diam dan layan dengan penuh perasaan!
Bila rancangan bolasepak pula, anda sanggup bersengkang mata teman suami, walaupun di kedai mamak.
4. ‘Tapau‘ makanan tanpa beritahu
Anda saling memesan makanan untuk dimakan bersama. Jika anda memesan Mi
Goreng dalam perjalanan pulang ke rumah, anda tidak perlu bertanya pada
dia apa yang dia mahu (mi goreng mamak atau mi goreng basah atau Maggi
goreng). Dia sudah tahu citarasa anda. Itulah cinta sejati.
5. Bila dekat, gaduh
Anda tidak perlu bersama-sama setiap saat tetapi anda lebih suka jika
dia ada dekat dengan anda. Namun bila dekat, mesti ada benda nak gaduh.
Dia mesti akan sakat anda sampai terjerit-jerit.
6. Bila jauh, rindu
Bila dah berjauhan, mulalah merindu. Jika anda keluar tanpa bersamanya,
anda sering terfikir. Kalau dia ada, mesti kita gelak bersama-sama.
Agak-agaknya dia tengah fikirkan aku atau pandang perempuan lain?
Mulalah nak cari alasan untuk gaduh bila dia balik nanti.
7. Buat lawak bodoh
Anda mempunyai sangat banyak jenaka yang orang lain tidak faham.
Kadang-kadang, orang sekeliling tidak dapat menangkap apa yang anda cuba
katakan apabila anda dan suami ada bersama kerana anda sering ketawa
pada perkara yang orang lain rasa biasa.
8. Boleh baca fikiran dia
Anda akan memandang dia dan anda tahu apa yang dia fikirkan. Begitu jua
dengannya. Macam ada kuasa ‘psikik‘ la gitu. Macam tahu-tahu sahaja apa
dalam kepala masing-masing. Apabila anda menghantar satu pandangan pada
dia, dia tahu telah tiba masanya untuk meninggalkan sesuatu majlis. Tak
perlu kuit kaki, pandang sahaja sudah tahu.
9. Bila ‘travel‘, tak pernah rasa bosan
Anda selalu mempunyai pengembaraan yang menarik bersama dia. Bila naik
kereta bersama, mulalah terpekik terlolong menyanyi bersama-sama, ikut
lagu dalam radio. Perjalanan berjam-jam jadi pendek kerana tak
putus-putus berborak.
10. Saling nasihat-menasihati
Anda selalu mendapat nasihat antara satu sama lain. Dia tahu segala
krisis yang anda hadapi dan begitu jua dengan anda. Bukan itu sahaja,
malah dia turut mendengar masalah tersebut kerana anda berdua adalah
seperti satu pasukan.
Tapi nasihat macam nak gaduh. Bila seorang lontarkan idea, mungkin akan
tolak mentah-mentah dahulu. Esok barulah terima. Biasalah.
11. Susah senang bersama
Anda berdua telah mengalami waktu-waktu yang sukar bersama-sama. Setiap
perhubungan sudah tentu membahagiakan ketika dipuncaknya, tetapi anda
juga telah bertahan dalam beberapa situasi yang sukar. Pada saat itu,
anda tahu dia tidak akan pergi ke mana-mana kecuali harungi
bersama-sama.
Lawak-lawak juga, tapi bila serius, kena betul-betul serius.
12. Belum habis cakap, dia dah sambung
Anda saling menyudahkan apa yang bakal diperkatakan. Pelan dan strategi
dia sudah ada alam tangan anda. Anda sudah tahu apa yang dia nak buat.
Akhir kata
Suami sayang isteri
Bertuahalah bagi sesiapa yang mempunyai pasangan hidup yang bukan
sekadar suami isteri, malah bagaikan kawan baik. Semoga kepala gila-gila
akan terus menyinari kehidupan berumahtangga. Cuma bila sudah ada anak
nanti, kena tunjukkan nilai-nilai murni juga. Jangan asyik nak tunjuk
kepala gila!
Yang penting, biarlah nampak tanda BFF, bukan nampak tanda suami curang.
Sumber :PenPatah
0 Komentar untuk " [WAJIB BACA]12 Tanda Suami Sayang Isteri Macam BFF "