HTML/JavaScript

[TAHNIAH] Dengan Sekali lafaz Abby Abadi Sah Bergelar Isteri Kepada


Pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Arbaiyah Abd Manan, atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi kini sah bergelar isteri kepada wartawan Harakah, Muhammad Faizal Zakaria sebentar tadi.

Dengan sekali lafaz, pasangan 'bagai pinang dibelah dua' ini telah selamat diijapkabulkan pada jam 3:30 petang tadi selepas solat Jumaat di mana mengambil keberkatan penghulu segala hari di Masjid As-Sobirin di Keramat, Kuala Lumpur.



Pasangan ini dinikahkan oleh Iman Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan berwalikan bapa pengantin perempuan, Abdul Manan Tadin.

Abby,38, menerima mas kahwin sebanyak RM300, senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, dan sembilan dulang berbalas 11 dulang barangan hantaran kepada pengantin lelaki.

Perkahwinan ini ialah merupakan perkahwinan ketiga Abby setelah rumah tangganya bersama Aktor Norman Hakim dan  Muhammad Noor Farhan Che Bakar gagal.

Hasil perkongsian hidup bersama Norman Hakim mereka telah dikurniakan tiga orang anak.


Sumber : HLIVE



Related Post:

0 Komentar untuk " [TAHNIAH] Dengan Sekali lafaz Abby Abadi Sah Bergelar Isteri Kepada "

Back To Top