
Saya bernikah dengan suami, awal 2011. Salah saya tak berfikir panjang waktu tu..Ikut hati.
Saya perkahwinan ketiga dan merupakan isteri kedua. Isteri pertama
bercerai,dan sudah pun berkahwin lain.Yg kedua (dah naik jd no 1) dan
saya no 2. Waktu tu suami saya tidak berkerja tetap, ada masa ada duit
dan bila tiada maknanya tiada langsung. Saya selalu baca sms dari wife
dikampung, tiada duit, susu anak dan pampers. Macam macam lg.
Saya jd kasihan.. saya selalu letak Rm50 atau bila awal gaji Rm100 dalam
dompet suami. Saya tahu dia pasti bank in kat kampung (isteri pertama
dikampung ).Pada masa tu saya fikir, saya harus menolong kerana siapa yg
ada selain saya. Walaupun serangan fb berkaitan saya mengambil suaminya
hebat bermula.Tak mengapa, siapa tak sakit hatikan?
Tapi betul org tua kata, isteri diuji disaat suami tidak mempunyai apa, suami diuji disaat punya segala..
Anak saya yg pertama baru 4 bulan, suami main cinta dgn budak umur 19
tahun, pelajar universiti. Seminggu habis 40k, macam macam dia beli
handfon, perfume sampai adik beradik budak tu semua dia beli.Sampai satu
tahap mereka bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan tak
bergaduh. Saya fikir masa saya sudah sampai.. karma saya sudah sampai.
Saya pasrah saya redha.
Sewaktu mereka bercuti, Allah swt menguji saya, isteri pertama dikampung
yg memujuk saya secara tiba tiba, pd dia saya meluah segala.. saya tak
tenang, jgn kata hati tak tenang.. duit, sedikit harta saya korban sebab
saya tak suka suami bersedih. Muram. Kami menjadi kawan baik. Kami
menjaga antara satu sama lain. Bila dia memerlukan kewangan, saya
membantu sekiranya mampu.
Satu hari, suami pergi out station, saya tahu.. tp saya tak bertanya.
Senyap senyap saya follow sampai ke airport, tak nampak pun. Saya
kerumah budak perempuan tu dgn anak dan ibu, kereta suami ada disitu.
Allah… menggigil kaki saya, macam2 perasaan, marah bengang semua ada.
Saya balik kerumah.. saya pack barang barang suami dan niat saya hantar
kerumah budak tu.
Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak tu, jika betul betul nekad,
hantar rumah ibu bapa suami.Dengan hati yg membara, saya hantar ke rumah
mak mertua dan saya ambil kereta suami dirumah budak perempuan
tersebut. Setelah bersemuka, dgn keluarga perempuan tersebut baru saya
tahu yg mereka membohongi keluarga dengan mengatakan saya gila
talak.Nasib saya bawa ibubapa saya sebagai saksi.
Lepas 2 bulan,saya menerima sms, dari budak perempuan tu..mengatakan
sudah memutuskan hubungan dgn suami saya. Saya balik yg bertanya,
mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? Saya tak pandai jaga suami..
saya itu dan ini, mcm mcm kurang.. saya dh redha, saya mengalah.. kata
saya. Allah menguji saya dan budak perempuan tu.. saya mengandung anak
kedua.. akhirnya mereka putus dan saya tak tanya lg. Saya hanya menonton
wayang di fb dan twitter, mereka berperang sesama sendiri.
Saya maafkan suami.. kami kembali bersama cuba..utk membina kembali.
Tapi masih tidak serumah ,kerana sepanjang kami serumah lebih kurang dua
tahun,2 kali suami hampir memukul ibu saya. SAYA ULANG,IBU SAYA .Pd
suami dia bebas buat apa sahaja, jgn ditegur.Dia berhak kerana dia
SUAMI. Kami teruskan hidup dgn setiap minggu berjumpa, habiskan masa
menonton wayang, bercuti dgn suami, kdg2 dgn anak2 tiri.Saya nampak
perubahan,setiap hari saya berdoa agar perubahan tu berpanjangan..rezeki
dipermudahkan.
Selepas 2 tahun,saya diuji lagi.. suami bernikah disempadan dgn janda
anak 4,dan suami saya adalah perkahwinan ke tiga beliau. Saya dengar
melalui bekas isteri suami, Saya kata saya tak tahu..hampir sebulan kami
tidak berhubung,berikutan hubungan suami dgn perempuan juga.Tulah
bercinta org lain, nikah org lain. Pada hari itu saya hairan dengan diri
saya sendiri, saya tak menangis, mungkin saya tak ambil peduli..
mungkin sudah lali.
Awal tahun ini saya menerima pm dari fb, dari seorang perempuan katanya
mahu berterus terang. Saya terima,orang baik saya sepuluh kali baik.Kami
bertukar no fon, kami whatsApp sepanjang malam. Suami dan isteri
barunya minta saya mencuba kehidupan baru ni. Saya cuba, tetapi mereka
mempermainkan saya,kebaikan yg dihulurkan hanya untuk melekakan saya
agar tidak membuat sebarang laporan. Isteri baru suami menyatakankata
kekurangan saya..saya terlalu pentingkan kerja,tak ada masa bersama dan
terlalu mengikut kata ibu.
Bagaimana saya tak pentingkan kerja ? Jika rumah,api air,unifi,pampers
susu,insurans,duit dapur dan duit bg emak semua atas saya? Wallahi,saya
tak minta suami sepanjang kami bernikah,ada bagi..tak ada saya diam.
Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Disaat yg paling sukar ibu berada
disamping saya,menjaga anak anak disaat saya mencari sesuap nasi.Saya
berusaha sendiri.Pada fikiran saya yg dikatakan kolot ni,tak mengapa
suami tak ada duit,saya ada.Kita org tua tak makan tak apa,anak2 perlu
makan minum,susu pampers mesti ada.Tu belum sakit mereka lagi,kita sakit
makan panadol tidur .Budak? Mereka tak tahu.
Setiap hari saya pulang kerumah ,saya tinggalkan masalah saya dan suami
didalam kereta,saya ukir senyuman utk anak2.Ibu saya tak tahu perihal
suami berkahwin lain. Suami dan isteri baru,daftar menggunakan surat
cerai suami dgn isteri lama. Saya termenung dipermainkan lagi,bukan
seorang kini dua org. Saya hanya melihat gambar kegembiraan mereka difb
dan instagram. Kadang kadang anak anak tiri menghubungi saya bertanyakan
khabar dan mengadu.Saya hanya mampu mendengar.
Tak mengapalah,saya kata once for all.Jaga hati sendiri,salah saya tak
hormat hati sendiri. Saya berfikir,saya tak rugi apa2, saya cuma tak ada
suami,saya masih beruntung ada kerja tetap, rumah,kereta dan anak2.
Saya bersyukur Allah SWT masih sayang ,ujian saya ni kecil jika
dibandingkan dgn isteri2 yg jd mangsa aniaya. Akhirnya, saya membuat
permohonan cerai,Alhamdulillah, saya tenang, walaupun saya kemahkamah
seorang diri tanpa ditemani sesiapa,saya tahu saya kuat.Allah ada,Allah
lindung saya. Saya tak tuntut apa2 dengan suami,hanya lepaskan saya cara
baik.Kalau dia ingat anak-anak, berilah duit belanja, jika tidak..tak
apa,ada rezeki lain utk anak.Kalau dulu saya ikut hati, sekarang saya
serah kepada Allah,bulat- bulat.
Buat isteri diluar sana,kalau suami ada perempuan lain,jangan menangis
atau murung,bangkit.. kalau tak kerja, cari kerja.Belajar berdikari.Doa
banyak banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan.
0 Komentar untuk " Pesan Saya - "Kalau Suami Ada Perempuan Lain, Jangan La Menangis" "