HTML/JavaScript

[PELIK] Pokok pisang aneh jadi tarikan hospital







 




Jakarta: Pengunjung dan kakitangan di Hospital Daerah Dr Haulussy Ambon gempar dengan penemuan pokok pisang aneh yang tumbuh bersebelahan surau bangunan itu.

Kakitangan hospital mendakwa pokok pisang itu ditebang tukang kebun kerana sudah rosak dan tidak lagi mampu menghasilkan buah.
Bagaimanapun, pokok itu kemudian menghasilkan buah dari tengah batangnya tanpa mengeluarkan daun
.
Hospital itu kini menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keunikan pokok berkenaan.

“Buahnya tiba-tiba muncul tiga hari lalu dan sangat cepat tumbuh, jauh berbeza dengan pokok pisang lain,” kata seorang jururawat yang enggan dikenali.

Pengunjung dikenali sebagai Ojan berkata, dia pelik melihat buah yang tumbuh dari batang pokok itu dan tidak melepaskan kesempatan merakamkannya menggunakan telefon bimbit.

“Jarang sekali pokok pisang berbuah seperti ini. Baru tiga hari buahnya sudah hampir masak.
“Sudahlah tumbuh bersebelahan surau hospital,” katanya. 

Sumber : Harian Metro

Related Post:

0 Komentar untuk " [PELIK] Pokok pisang aneh jadi tarikan hospital "

Back To Top