
PUTRAJAYA - Gambar seorang guru sekolah
sedang menghisap rokok elektroinik atau vape di kelas tersebar di laman
sosial sejak malam tadi.
"Macam mana dia boleh jadi pendidik ye? Memang orang yang dah #vapeOn
ini terus #OtakOff ke macam mana?" kata Shazroul yang memuat naik gambar
berkenaan di laman Facebook 15 jam yang lalu.
Seorang guru lelaki berkaca mata hitam dilihat sedang menghisap vape
tatkala anak muridnya sedang menerangkan masalah kerja sekolah yang
dihadapi.
Tindakan guru berkenaan yang menghisap vape di dalam kelas dikecam oleh
netizen yang menganggap itu satu tindakan bodoh dari seorang guru.
"Nak bervaping atau apa sekali pun, jangna ingat boleh hembus asap vape
di mana-mana terutamanya di depan kanak-kanak. Sudahlah memakai cermin
mata hitam, hisap vape lagi depan murid. Apa lagi yang tinggal untuk
dijadikan sebagai contoh pada murid?" kata netizen.
"Memalukan golongan pendidik! Sebagai seorang warga pendidik, jangan
berikan contoh yang tidak baik kepada pelajar kerana mereka sangat mudah
terpengaruh. Tetapi kalau dah begini perangai sesetengah guru, selepas
ini jangan salahkan ibu bapa pelajar pula," kata Yahya.
Walaupun begitu, ada yang berpendapat bahawa gambar yang tersebar itu
adalah gambar yang telah diedit bagi mencemarkan imej golongan penggemar
rokok elektronik.
0 Komentar untuk " NETIZEN KECAM GURU HISAP VAPE DI KELAS "