Jakarta ialah antara bandaraya yang
mempunyai masalah kesesakan jalan raya yang kronik. Dianggarkan 3.1 juta
kereta dan 8.3 juta motosikal dipandu di Jakarta setiap hari.
Pengangkutan awam Jakarta pula semakin uzur dengan 73% daripada 82 000
bas awam yang digunakan sekarang dikatakan tidak lagi layak digunakan
dan menjadi sumber pencemaran. Bagi menangani masalah ini projek
Monorail Indonesia dimulakan pada tahun 2004. Malangnya projek ini
tergendala pada tahun 2008 akibat kegawatan ekonomi. Projek ini hanya
dimulakan semula pada Febuari tahun ini.
Beberapa syarikat tempatan dan luar negara cuba mendapatkan kontrak
pembangunan semula Monorel Jakarta yang bernilai RP 7 Trillion (RM 2.27
Billion) ini. Antara syarikat tempatan Indonesia yang cuba mendapatkan
projek ini ialah PT Melu Build General Wiweka. Mereka menghasilkan
prototaip di bawah. Monorel rekaan mereka boleh memuatkan 125 orang
dalam satu gerabak pada satu-satu masa.
Malang bagi PT Melu Build General Wiweka, pihak berkuasa Jakarta
memilih syarikat CNR dari China bagi menghasilkan gerabak monorel. CNR
ialah syarikat yang sama yang dipilih oleh KTM untuk menghasilkan
gerabak KTM Komuter baru.
Apabila sistem Monorel Jakarta siap sepenuhnya pada tahun 2016, ia
diharap dapat membawa 800 000 penumpang sehari dengan menggunakan 200
gerabak monorel. LOL, monorail seperti LEGO!
Sumber : PenPatah




0 Komentar untuk " MONOREL BUATAN INDONESIA YANG GAGAL DAN BADASS (16 GAMBAR) "