Pemilihan kereta selalu membuatkan kita pening. Mana taknya, pelbagai promosi & juga 'tangga-tangga' harga diletakkan oleh penjual kereta untuk membuat kita gelap mata ketika memilih.
Untuk membantu, kami datangkan senarai kereta berdasarkan pendapatan anda supaya anda lebih yakin untuk memilih kereta anda yang seterusnya (atau yang pertama).
Di dalam senarai ini, kami mengambil harga kereta dari Carbase.my. Kadar 'interest' pula kami letakkan sebanyak 2.58.
1 - Bagi RM2,000 dan ke bawah
Bagi mereka yang bergaji RM2,000 dan kebawah, kami meletakkan bajet harga kereta dari RM20,000 sehingga RM35,000. Terdapat dua buah kereta yang patut menjadi pilihan anda. Axia dan Proton Saga.
- Perodua Axia
- Harga paling murah : RM 24,000
- Bulanan : RM240 (9 tahun)
Perodua Axia kini menjadi kereta paling murah yang paling berbaloi untuk
dibeli. Selain murah, kereta ini juga dikatakan menjimatkan minyak. Di
laman web rasmi Axia, kereta ini dikatakan mampu bergerak sejauh 21.5 km
untuk setiap liter minyak. Namun menurut beberapa pengguna Axia, kereta
ini bergerak sejauh 17 km - 18 km bagi setiap liter.
- Proton Saga
- Harga paling murah : RM 33,243
- Bulanan : RM350 (9 tahun)
Proton Saga adalah kereta sedan yang paling murah di Malaysia. Kereta
ini dilaporkan boleh bergerak sejauh 15km - 16 km bagi setiap liter
minyak. Jika anda sudah berkeluarga dan mencari kereta yang mempunyai
ruang yang lebih, ini kereta yang tepat untuk anda.
2 - Bagi RM2,000 - RM3,000
Pada kategori ini kami meletakkan harga kereta dari RM40,000 hingga RM60,000. Terdapat beberapa pilihan untuk anda, antaranya :
- Perodua Myvi
- Harga paling murah : RM 40,862
- Bulanan : RM 419 (9 tahun)
Jika pendapatan anda berada di dalam lingkungan ini, sudah semestinya
kereta Myvi patut menjadi pilihan anda. Selain menjimatkan minyak,
kereta ini juga murah dari segi kos 'maintainance'. Selain itu, Myvi
juga terkenal dengan ruangan yang luas jika dibandingkan dengan kereta
kompak yang lain termasuklah Suzuki Swift.
- Proton Iriz
- Harga paling murah : RM 41,077
- Bulanan : RM 446 (9 tahun)
Apa yang membuatkan Iriz lebih istimewa dari pesaingnya, iaitu Myvi
adalah ciri keselamatan yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, ruang
dalaman Iriz sangat terbatas. Dari segi penggunaan minyak, pengguna
melaporkan ia boleh bergerak sejauh 14 km bagi setiap liter.
- Nissan Almera
- Harga paling murah : RM 64,960
- Bulanan : RM 667 (9 tahun)
Kereta Nissan Almera boleh dikatakan antara kereta yang banyak dilihat
di jalan raya. Mengikut reviu pengguna kereta ini boleh bergerak sejauh
13 km bagi setiap liter. Namun apa yang penulis paling tidak menggemari
tentang Almera adalah designnya yang kurang ok. Mungkin Nissan boleh
membaikinya pada model seterusnya.
- Proton Preve
- Harga paling murah : RM 55,686
- Bulanan : RM 579 (9 tahun)
Preve boleh dianggap sebagai pengganti kepada Proton Persona. Namun
model yang paling murah ini tidak didatangkan dengan gearbox CVT iaitu
teknologi tanpa gear. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh
bergerak sejauh 10.5 km bagi seliter minyak.
- Perodua Alza
- Harga paling murah : RM 50,702
- Bulanan : RM 520 (9 tahun)
Ini dia MPV kompak termurah di Malaysia, Perodua Alza. Dengan kekuatan
enjin 1.5l kereta ini dikatakan boleh pergi sejauh 12.5km bagi setiap
liter. Namun ada juga komplain dari pengguna yang berkata enjin yang
dimasukkan 'tidak padan' dengan kereta ini.
- Proton Exora
- Harga paling murah : RM 53,797
- Bulanan : RM 558 (9 tahun)
Luas dan selesa, itu yang boleh dikatakan kepada kereta MPV kompak
keluaran proton ini. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh pergi
sejauh 9 km bagi setiap liter minyak yang mana tidak begitu bagus dari
segi penjimatan minyak.
3 - Bagi RM3,000 - RM4,000
Jika pendapatan anda berada dalam lingkungan ini, pelbagai kereta sedang menunggu anda untuk dimiliki. Jujurnya, pilih dengan sebaik-baiknya sebelum membeli kerana harga yang diletakkan oleh dealer-dealer kereta sangat licik.
Kami meletakkan margin harga dari RM 70,000 hingga RM 90,000 bagi kumpulan ini.
Antara kereta yang boleh dipilih adalah :
- Honda City
- Harga paling murah : RM 74,007
- Bulanan : RM 759 ( 9 tahun)
Honda City kini menjadi kereta yang paling 'panas' di Malaysia. Ini
kerana kereta ini dikatakan menyediakan pelbagai ciri yang tidak boleh
didapati pada kereta lain di dalam kelasnya, seperti contoh fungsi Push
to Start.
Yang lebih menarik, kereta ini juga mempunyai nilai 'resale value' yang tinggi untuk dijual di kemudian hari.
- Mazda 2 (skyactiv)
- Harga paling murah : RM 85, 470
- Bulanan : RM 887 (9 tahun)
Mazda 2 yang terbaru didatangkan dengan enjin Skyactiv yang dikatakan
sangat menjimatkan minyak. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh
bergerak sejauh 16.4 km bagi setiap liter. Wow. Dan bagi 100 km, kereta
ini menggunakan 4.5 liter minyak (RM 10.00). Wow.
- Honda Jazz
- Harga paling murah : RM 69, 566
- Bulanan : RM 722
Jazz memang terkenal dengan keluasan dalam kereta yang disifatkan sangat
se-le-sa. Seperti abangnya, kereta ini juga turut mempunyai 'resale
value' yang tinggi. Reviu dari pengguna mengatakan kereta ini boleh
bergerak sejauh 17.4 km dengan 1 liter minyak. Lebih jimat berbanding
Mazda 2. Namun bagi perjalanan jarak jauh, Mazda 2 masih lagi menang.
- Toyota Vios
- Harga paling murah : RM72, 459
- Bulanan : RM 752 ( 9 tahun)
Jika dibandingkan dengan Honda City, Vios sentiasa menang dari segi
keselesaan dalaman. Kereta ini juga pernah disifatkan Raja Kereta kerana
ia sangat popular pada satu ketika dahulu walaupun harganya tidaklah
terlalu mahal. Laporan dari pengguna berkata kereta ini boleh bergerak
sejauh 10km untuk seliter minyak.
- Suzuki Swift
- Harga paling murah : RM 65,888
- Bulanan : RM 684
Jika anda mementingkan gaya dan elegen, Swift patut menjadi pilihan
anda. Kereta ini menjadi pilihan-pilihan remaja yang rata-rata gemarkan
bentuknya yang kelihatan mewah. Walaupun kelihatan besar, keluasan
dalaman kereta ini sebenarnya lebih kecil dari Myvi. Bedasarkan reviu
pengguna, kereta ini boleh pergi sejauh 15 km setiap liter.
- Nissan Grand Livina
- Harga paling murah : RM 86,893
- Bulanan : RM 902
Anda mempunyai keluarga besar atau merancang untuk mempunyai keluarga
yang besar? Grand Livina tentu menepati cita rasa anda. Kini Grand
Livina adalah MPV yang paling murah di Malaysia. Selain itu, kereta ini
juga turut mendapat pujian bagi perjalanan jarak jauh kerana menjimatkan
minyak. Tapi bagi pemanduan di dalam kota, sebaliknya.
- Volkswagen Polo (sedan)
- Harga paling murah : RM 91,888
- Bulanan : RM 999 (7 tahun)
Kenapa Volkswagen Polo boleh masuk dalam senarai sedangkan harganya
lebih dari RM90,000? Ini kerana Volkswagen kini sedang menawarkan 0%
interest bagi pembelian keretanya. Ini bermakna pengguna cuma perlu
membayar RM 999 sebulan dalam masa 7 tahun untuk merasai pengalaman
memandu sebuah kereta 'continential'.
Itulah dia senarai beberapa kereta yang boleh anda beli mengikut
pendapatan anda. Namun masih ada beberapa buah lagi yang belum
dimasukkan seperti Ford Fiesta, Mitsubishi Attrage, Hyundai Elantra,
Proton Suprima dan lain-lain. Namun bagi kami ini kereta-kereta yang
boleh dikatakan berbaloi untuk dibeli. - Siakapkeli.my
**Reviu-reviu dari pengguna diambil dari laman web carbase.my
0 Komentar untuk " [ MESTI KLIK] Kereta Yang Mampu Anda Beli Jika Berpendapatan Antara RM2,000 ke RM4,000 Sebulan "