Pengendali Bayern Munich Pep Guardiola dilaporkan telah
menandatangani kontrak 5 tahun bernilai GBP 100j (RM 597j) untuk
menyertai Manchester City musim depan.
Pep bakal mengantikan Manuel Pellegrini di Etihad selepas pengurus
kelahiran Chile itu gagal mencabar kejuaraan musim lepas yang dimenangi
Chelsea.Walaubagaimanapun, Pep Guardiola menegaskan dia masih belum membuat keputusan mengenai masa depan dia bersama gergasi Jerman itu.
"Ini merupakn kali terakhir saya menjawab persoalan ini, saya masih belum membuat sebarang keputusan.
Ketika ini saya hanya mahu fokus buat yang terbaik untuk kelab ini," katanya.
Bekas pemain Bayern, Stefan Eiffenberg turut mengatakan Pep Guardiola hampir pasti meninggalkan Jerman untuk sertai Manchester City.
Khabar angin mengenai masa depan Pep mula bangkit selepas Bayern Munich mencatat kekalahan berat di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lepas.
Jurulatih kelahiran Sepanyol itu juga telah memasuki tahun terakhir kontraknya dan hingga kini masih tiada perbincangan mengenai sebarang lanjutan.
Pep Guardiola mula menempah nama antara jurulatih terbaik dalam bola sepak selepas membawa Barcelona meraih 14 kejuaraan dalam 4 musim sebelum sertai Bayern Munich.
0 Komentar untuk " Man City tawar Pep GBP100 juta? "