
Kali ini kami berkongsikan kepada anda
kisah seorang Aunty berbangsa Cina yang merupakan seorang jutawan yang
memberi nasihat dan teguran kepada seorang bapa yang meninggal kesan
yang mendalam kepada setiap bapa dan juga ibu.
Mungkin kisah teguran ini anda sudah baca atau belum kerana ia telah dikongsikan oleh bapa berkenaan bernama Khairul Hakimin Muhammad melalui laman Facebooknya pada bulan April lalu.
Walaupun ianya sudah berbulan-bulan tetapi mesej yang disampaikan melalui cerita ini kepada ibu bapa kini yang terlalu asyik dengan smartphone sudah pasti cerita ini menajdi satu nasihat yang berguna berdasarkan pengalaman Aunty berkenaan.
Kisah Seorang Aunty Bergelar Jutawan Tegur Seorang Bapa Yang Terlalu Asyik Dengan Smartphone
Mari kita ikuti cerita bapa berkenaan mengenai nasihat Aunty berkenaan,
Nurul ‘Ain sudah tidur. Jam 6.30 pagi tadi kami kejutkan dia, mahu ke
SJMC untuk review keputusan darah dan berjumpa doktor pakar
kesayangannya.
Sampai di Hospital berebut parking dan cepat mendaftar. Kami turun makan
sekejap dan kembali naik menunggu masa mengambil darah dan menanti
keputusan ujian yang mengambil masa lebih kurang satu jam.
‘Ain mula merepek dan berlari-lari kesana kemari. Mamanya mula mahu duduk dan saya mengambil baton untuk melayan karenahnya.
Sambil bermain telefon (lihatlah banyaknya saya kemaskini status pagi
tadi), saya sekejap-sekejap melihat ‘Ain yang bermain di ruang kecil
permainan yang disediakan pihak hospital.
“Itu anak you?” Tanya seorang Aunty berbangsa cina.
“Ya.” Saya hanya senyum sekejap dan kembali melihat telefon.
“You untung, anak you comel.” Beliau mula mahu bersembang dengan saya. Anaknya juga ligat seperti ‘Ain kesana kemari.
Saya terus memandang wajah Aunty dan mengharap ayat lain keluar dari mulutnya.
“Itu anak i, you tak tanya pun i nak story. I dapat dia umur i 39. He
only child i have. My husband have multi millions company, but i have
one the greatest god gift to me.”
“You know, bila husband i balik rumah, i will make sure dia tak pegang
handphone. I cakap dengan dia, kita kahwin 15 tahun baru dapat seorang
anak lelaki, kita patut syukur. Tuhan bagi duit sampai kubur kita tak
cukup besar, tapi Tuhan beri kita anak, kita masih mahu cari duit cari
kawan cari senyum sana sini dengan handphone.”
“You, i nasihat satu perkara. Bila dengan anak, dengan family, dengan
parents. You letak handphone side. Dont ever bother about facebook
anymore. Family ini you tak dapat cari lain sampai bila-bila. Take all
the time with them. Please.”
Saya terdiam. Ada rasa lain pula terdetik dalam hati. Yang sebenarnya
isteri saya dah banyak kali pesan tentang ini, emak, adik juga keluarga
ramai yang dah pernah nasihat. Tapi tak pernah masuk telinga. Ambil nak
Tuhan hantar seorang aunty yang berbeza agama, tetapi penuh mesej yang
amat berguna. Subhanallah.
Harap-harap saya dapat beri masa sebaiknya dengan keluarga. Amin.
Khairul.
Sumber :PenPatah
0 Komentar untuk " Kisah Seorang Aunty Bergelar Jutawan Tegur Seorang Bapa Yang Terlalu Asyik Dengan Smartphone "