
Penduduk Korea Selatan menonton berita
melalui televisyen di stesen kereta api di Seoul, semalam mengenai
serangan meriam Korea Selatan ke arah Korea Utara. AFP
Kim Jong Un telah mengarahkan tenteranya untuk bersedia sepenuhnya untuk
sebarang operasi tempur, meningkatkan lagi ketegangan selepas
tenteranya melancarkan roket ke Korea Selatan di zon bebas tentera,
lapor berita Bloomberg.
Kim mengisytiharkan “situasi separa perang” di sepanjang sempadan dan
telah mengadakan mesyuarat badan tertinggi tentera parti pemerintah itu
menurut kenyataan rasmi Korean Central News Agency, hari ini.
Korea Utara dilaporkan melepaskan 2 serangan roket di kawasan sempadan
Korea Selatan Khamis petang, menyebabkan tentera Seoul membalas dengan
berdozen serangan meriam, menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan,
yang mengesahkan tiada sebarang kemusnahan dan kecederaan.
Korea Utara bagaimanapun menafikan ada melepaskan sebarang serangan.
Ketegangan tercetus sejak beberapa minggu lalu di kawasan yang dikenali
sebagai DMZ yang memisahkan Semenanjung Korea kepada dua.
2 anggota tentera Korea Selatan pada 4 Ogos dilaporkan parah terkena
periuk api yang menurut Seoul telah ditanam oleh pihak Korea Utara.
Korea Utara menafikan perkara tersebut.
Konflik kedua-dua negara bertambah tegang apabila Korea Utara mengancam
melakukan serangan ke atas pembesar suara digunakan untuk siaran
propaganda Korea Selatan di sempadan serta sejak Korea Selatan
mengadakan latihan ketenteraan bersama Amerika.
Seoul lancar serangan meriam ke Korea Utara
SEOUL – Korea Selatan melancarkan 10 tembakan meriam ke arah Korea
Utara, semalam dalam satu kejadian berbalas-balas serangan meriam
selepas Pyongyang melepaskan tembakan dipercayai roket ke arah pembesar
suara Seoul yang digunakan dalam perang propaganda bagi mengecam
Pyongyang.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, Korea Utara, bagaimanapun
tidak segera bertindak balas terhadap tembakan meriam dari Seoul ketika
ketegangan di semenanjung Korea semakin memuncak.
Utusan Online
melaporkan, menurut kementerian berkenaan, serangan itu dilakukan
selepas Seoul mengesan peluru berpandu yang dipercayai roket milik Korea
Utara di kawasan Korea Selatan yang dilancarkan pada kira-kira pukul
3.52 petang tetapi tidak membawa kerosakan mahupun kecederaan kepada
tentera Korea Selatan.
Orang ramai melihat siaran TV mengenai serangan Korea Utara.
Katanya, peluru berpandu itu jatuh di kawasan kira-kira 60 kilometer dari utara Seoul di bahagian barat zon sempadan.
Agensi berita Yonhap melaporkan, penduduk yang tinggal di kawasan itu sudah diarahkan berpindah.
Ketegangan antara kedua-dua negara Korea itu timbul awal bulan ini
selepas letupan periuk api di Zon Bebas Tentera (DMZ) yang mencederakan
dua tentera Korea Selatan.
Seoul menuduh Pyongyang bertangunggjawab, namun dakwaan itu dinafikan Korea Utara.
Ekoran itu, Seoul mula melancarkan propaganda menggunakan pembesar suara
bagi menyebarkan kempen anti-Pyongyang di kawasan sempadan kedua-dua
negara, taktik yang dihentikan oleh kedua-dua negara sejak 2004. –
REUTERS
0 Komentar untuk " Kim Jong Un Arahkan Tentera Bersedia Untuk Perang "