Kuala
Lumpur: Tiga jurujual telefon bimbit masing-masing didenda RM1,800 oleh
Mahkamah Majistret selepas mengaku salah atas pertuduhan mencederakan
penganggur dalam satu insiden di Plaza Low Yat, bulan lalu.
Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Low Leong Seng, 29; Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26.
Mereka turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja
menyebabkan kecederaan ke atas Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, di Tingkat
G, Plaza Low Yat, dekat sini pada 4.57 petang, 11 Julai lalu.
Dakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69534#sthash.BchLMXso.dpuf
Kuala
Lumpur: Tiga jurujual telefon bimbit masing-masing didenda RM1,800 oleh
Mahkamah Majistret selepas mengaku salah atas pertuduhan mencederakan
penganggur dalam satu insiden di Plaza Low Yat, bulan lalu.Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Low Leong Seng, 29; Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26.
Mereka turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Dakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69534#sthash.BchLMXso.dpuf
Majistret
Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Low Leong Seng, 29; Eric
Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26.
Mereka
turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Mengikut
pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan
ke atas Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, di Tingkat G, Plaza Low Yat, dekat sini
pada 4.57 petang, 11 Julai lalu.
Dakwaan
terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya,
jika sabit kesalahan.
Sumber : Harian Metro
0 Komentar untuk " [ KES LOW YAT] Jurujual telefon bimbit didenda "