
KOMEN CERITA VIRAL SUAMI CURANG DENGAN JANDA KERANA ISTERI DAH TAK MACAM MASA KAHWIN.
Ini trend semalam. Bersepah juga dalam newsfeed cerita suami curang
kerana isteri walaupun baik tetapi sudah tidak cantik seperti dulu-dulu
mereka berkahwin. Ada pula monyet yang setuju dan menyokong lelaki
spesis yang sama (monyet juga) itu. Boleh pula alasan itu jadi lesen
zina. Apa dah jadi?
Dulu masa kahwin, sama-sama ketat, sama-sama garing, sama-sama cantik,
sama-sama memuaskan hati satu sama lain. Jika buat video kahwin tu sikit
punya romantik lagi. Lepas dah kahwin dan anak beberapa orang boleh
pula sorang sahaja yang jadi tua, yang lelaki boleh maintain muda. Ini
semua kahwin kerana lubang. Kalau kahwin kerana Agama insyaAllah tak
jadi macam ini.
Rasakanlah sentimental value dengan isteri kita kerana dulu kita dapat
dia brand new koyak plastik lagi. Masa kita dapat isteri tu, masa tu
kita pun taklah kaya mana, sengkek juga. Isteri pun bersabarlah dengan
suami seadanya. Tapi bila suami dah naik market value, dia boleh buang
sahaja isteri yang dah bersusah payah.
Kalau nikah lagi satu pun dah boleh jadi perang, inikan pula terlanjur.
Tapi kalau dah sampai 6 tahun terlanjur sebenarnya perkataan TER itu
sudah tidak sesuai. Yang sesuai ialah MELUNJUR.
Isteri yang kita nikahi yang menjaga kehormatannya kepada kita semasa
penyerahan dengan maharnya, mulanya itulah yang terbaik untuk refleks
kehebatan seorang suami membentuk dan membimbing.
Selepas berkahwin, yang baru itu dilanyak sampai lunyai. Perut yang dulu
tegang dah jadi macam kulit limau kerana dari situ telah mengandungkan
anak-anak dari benih lelaki itu sendiri. Bila dah tak cantik pandai pula
cari yang tegang dan ketat. Kalau itulah konsepnya, nanti yang tegang
dan ketat itu juga akan kendur dan jantan begini akan berpindah cari
yang lain juga.
Kalau isteri itu kerjanya melayan nafsu sahaja, bila mahu boleh dapat
dan tak perlu beranak, tak perlu menyusu anak, tak perlu memasak, tak
perlu mengemas rumah, tak perlu nak jaga makan minum laki, tak payah nak
menjaga suami, tak perlu nak bekerja tolong cari rezeki barulah boleh
isteri kita tu ketat dan anjal sepanjang masa. Yang komplen isteri dah
tak tiptop tu tengok juga diri sendiri adakah masih tiptop atau sudah
masuk level second hand high mileage.
Kahwin manusia bukan macam kahwin lembu. Lembu tu bolehlah main tenggek
mana-mana dia suka. Tapi dia itu lembu lah. Sebab itulah surah
Al-Baqarah (lembu betina) tu Allah hentam kita 3 juzuk terus. Nampak
betul manusia orang yang masih banyak berperangai seperti lembu lagi.
Lembu makan, lembu cari makan, lembu tidur dan lembu juga mengawan dan
lembu akan mati akhirnya. Maka, jika begitulah hidup lelaki itu, sama
sahaja dengan lembu. Jangan kahwin macam kahwin lembu, nikahi isteri
kerana Allah.
Saya tak pandai nak sekolahkan orang macam ini. Jika saya kenal dan dia
sedang melintas jalan saya akan buat-buat terlanggar dan tergilis dan
saya akan pastikan ia kelihatan seperti satu kemalangan.
sumber :PenPatah
0 Komentar untuk " [JOM BACA] BILA ISTERI DAH TAK ADA 'VALUE' "