Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Jepun Berjaya Hasilkan Buah Oren Berbentuk Segi Lima/ Pentagon






Jepun adalah salah sebuah negara yang paling kreatif dan berinovasi. Salah satu bakat rakyat mereka ialah dalam mengubah bentuk makanan, seperti buah-buahan.
Dari laman web Rocketnews24, Jepun berjaya menghasilkan buah oren dengan bentuk pentagon dan merupakan antara yang pertama di dunia. Dan untuk menghasilkan buah oren seperti ini, mereka harus memasukkan buah oren itu ke dalam bekas berbentuk pentagon sehingga bentuknya akan kelihatan seperti dengan pentagon itu. Buah oren dengan bentuk segi pentagon ini dikatakan  amat berkhasiat kepada sesiapa yang memakannya.
Imej dari rocketnews24.com
Di samping itu, buah oren ini memang kaya dengan  vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan.
Ini bukan pertama kali Jepun menghasilkan buah yang unik dan aneh. Sebelum ini, Jepun pernah menghasilkan buah “pear” berbentuk bayi dan buah tembikai berbentuk  payung agar rasanya lebih manis dan sedap.
Bakat dan idea mereka dalam pengubahan bentuk buah tidak disia-siakan. Semakin unik buah yang mereka miliki dan semakin berkualiti buahnya, jadi  harganya juga semakin mahal.

sajakongsi
0 Komentar untuk " Jepun Berjaya Hasilkan Buah Oren Berbentuk Segi Lima/ Pentagon "

Back To Top