Berikut adalah kisah inspirasi yang
dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Carl Samsudin yang merupakan
seorang usahawan muda yang berjaya dan juga pengasas butik Bella Ammara
bersama dengan isterinya, Belle.
Ini adalah kisah yang dikongsi olehnya bagaimana dia keluar dari dunia
kerja makan gaji dan kini berjaya membuka butik cawangannya yang ke 5.
Semoga dengan kisah perkongsiannya sedikit sebanyak memberi kita sumber
ilham bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya terutamanya golongan
anak muda yang ingin keluar dari zon keselesaan. Pelbagai cabaran dan
dugaan yang dilalui olehnya sebelum dia berjaya sampai ke peringkat hari
ini.
Lelaki Ini Kongsi Tips Keluar Dari Dunia Kerja Makan Gaji Dan Kini Berjaya Mempunyai 5 Cawangan Butik
“Assalamualaikum
Dengan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Hujung minggu ini 29hb Ogos 2015 (Sabtu) merupakan pembukaan rasmi
pembukaan butik ke-5 saya Bella Ammara di Johor Bahru. Alhamdulillah
kuasa Allah itu sungguh besar. Sambil memandang susuk tubuh bangunan di
Bandar Baru Uda, JB ini. Terkenang kisah 3 tahun lepas. Nak beli burger
untuk Belle (now dah jadi wife) pon tak mampu. Sesak.
Bulan Julai 2015, genap 3 tahun penubuhan Bella Ammara. Dari 9 pasang
telekung sebulan pada Julai 2012 sehingga ke sekitar 10,000 pasang
koleksi jubah dan telekung sebulan hari ini. Selama 3 tahun saya keluar
dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini
saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan. Mana tahu
perkongsian saya ini dapat memberi sesuatu kepada anda.
2010-2011. Saya bermula dengan mengkaji sendiri ‘asas-asas pembentukan
wang di dunia’ semasa saya bekerja as a chemist di makmal kimia di
Nilai. Sebagai seorang Chemist – Google, buku, blog dan youtube adalah
kawan-kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan
Micheal Maloney saya telaah hasil kajian mereka.
Kimia mengajar saya untuk buat kajian dahulu sebelum lontarkan sesuatu
konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia,
dan saya sedar, kita semua telah banyak ditipu. Dan saya sedar 99%
manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya mulai
takut & gentar. Saya nekad untuk berhenti kerja kerana saya rasa
makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya
jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun.
Ini susah untuk diterima akal sebab di media massa sentiasa mengatakan
ekonomi kita amat stabil.
Nekad.
Saya berhenti.
Cuba cari jalan berniaga.
Tapi, tak jumpa.
Setengah tahun saya tak punyai kerja. Tiada wang. Kereta Perodua Kenari
kena tarik. Belle ajak keluar nak makan pon saya tak mampu nak bayar.
Masak nasi kosong berulamkan petai, janji makan tidak melebihi RM5
sehari. Setengah tahun hidup terdampar di rumah memberi peluang kepada
saya berkawan rapat dengan dunia internet penuh ilmu.
Setengah tahun saya belajar bagaimana untuk menjadi usahawan seperti
orang yang berjaya lain. Alhamdulillah dengan ilmu yang saya ada, terima
kasih kepada pihak bank menerima saya untuk memberi saya peluang
berniaga menjual emas. Target jualan, 3KG emas sebulan. Kalau tak lepas
target, kena buang. Tersedak!
Tetapi saya nekad juga untuk join Bank. Saya join banking sector sebab
saya nak tau apa yang bank buat. Dalam kajian saya – ‘Banking System’
adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan
kita makin susah hari demi hari. Saya menyertai bank sebagai ‘Gold
Salesman/tradder’. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman
sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di
kerajaan Islam Tukey menggunakan emas & perak sebagai duit. Kita
kena pandai beza apa itu duit dan matawang.
Matawang yang dalam dompet kita. Kertas berconteng yang makin jatuh
nilainya. Duit tidak akan sesekali jatuh nilai. Saya gali isi bank
sampai Saya jumpa sistem mereka – ‘Fractional Reserve System’. Sistem
dimana mereka mencipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit
yang dicipta, makin jatuh nilai duit itu dan makin miskinlah kita. Saya
cuba kerja sampai saya capai matlamat saya – No.1 Gold Trader di bank
tersebut. Walaupun saya capai, duit untuk bayar itu ini tetap zero
sampai hujung bulan. Saya harus berubah. Nekad. Saya fikir saya harus
ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.
July 2012 saya bertunang dengan kos hanya RM60 sahaja. RM60 digunakan
untuk membeli buah, itu je yang mampu. Dan 5 bulan (Disember 2012)
selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit untuk kahwin? Minta
maaf saya cakap, betol zero. Kerana saya percaya Allah SWT itu maha
berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah pasti akan tunaikan. Saya teruskan
dan sentiasa letak Allah sentiasa no 1 di hati. Allahumma yaasir wala
tu’assir, Allahumma yaasir wala tu’assir. Dan saya berpegang kuat pada
kata Rasulullah SAW dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan.
Saya lihat bangsa saya? Rupanya bangsa asing lebih percaya pada kata
Rasulullah SAW berbanding bangsa saya. Dengan usaha, doa dan tawakal
kepada Allah SWT saya cuba! Cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam
duit mak saya. RM1,000 untuk membuat 9 pasang telekung berwarna dengan
tunang saya Belle. Kenapa pinjam mak dan bukan loan bank? Sebab saya
pernah kerja bank dan sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of
loan bank melibatkan ‘interest/riba’ dimana riba itu salah satu dosa
terbesar di sisi Allah. Tak ada dosa lain yang Allah SWT istihaarkan
perang terhadap hambanya. Allahumma inni as’aluka ridhaka wal jannah wa
a’uzu bika min sakhatika wannar. Jauhkan lah dari kemurkaan Allah SWT.
Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya
pinjam duit mak.
Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya mula cuba jaga solat saya,
sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari
RM1,000 duit mak saya + jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang
bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri
Alhamdulillah.
Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah
selesa bersama kucing-kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat
membantu keluarga mendapat duit lebih dengan penubuhan jenama OSRA dan
Pudore, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri Bella Ammara di Setapak,
Shah Alam, Bangi, Sungai Petani dan insyaAllah hujung minggu ini di
Johor Bahru dan juga dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan
rakan-rakan saya yang lain.
Mungkin ini baru 3 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan
lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 10,000 pasang koleksi-koleksi
hari ini. Apa yang saya nak sampaikan. Dunia kita ini makin teruk.
Ekonomi kita ini makin teruk. Ketua-ketua kita hari ini juga makin
teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan
menjadi makin susah hari demi hari kerana kadar jatuh nilai duit kita
semakin teruk. Lihatlah nilai duit kita hari ini?
Saya dah jangka dari tahun 2010 lagi saat ini akan terjadi. Keluarlah
dari kehidupan ‘hanya makan gaji’ & carilah duit lebih kalau bukan
untuk diri, carilah untuk bantu orang lain. Usaha dan ingat! Allah pasti
akan bantu. YaAllah dialah pemberi segala rezeki di bumi ini. Saya
harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu
sesiapa yang memerlukan. Semua yang saya ada ini adalah milik Allah.
Bella Ammara itu juga hak milik Allah, saya cuma pinjam untuk
melaksanakan tugas yang Allah amanahkan kepada saya.
Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita.
Kalau rezeki sentiasa sangkut, cuba fikir balik hubungan kita dengan
Allah SWT dan jujurkah kita semasa mencari rezeki Allah SWT?
Hari ini Alhamdulilah. Saya mengetuai 10 syarikat dan mempunyai lebih
dari 50 orang staff. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak
mempunyai kad kredit. Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.”
Carl Samsudin, 28.
Di era teknologi ini, sebenarnya lagi mudah untuk kita bekerja sendiri.
Ramai yang sudah menjadi kaya raya dengan hanya duduk menghadap di depan
komputer. Yang penting kita harus belajar bagaimana caranya untuk
menggandakan duit yang sedikit menjadi banyak. Hanya mereka yang berani
gagal dan mengambil risiko sahaja komited untuk bekerja sendiri seperti
yang dilakukan oleh pengasas Bella Ammara ini.
Sumber: PenPatah
0 Komentar untuk " [INSPIRASI] Lelaki Ini Kongsi Tips Keluar Dari Dunia Kerja Makan Gaji Dan Kini Berjaya Mempunyai 5 Cawangan Butik "