PENDANG: Sebuah Proton Exora bersama pemandu rentung dalam satu kejadian di Kilometer 68.2 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran denga Plaza Tol Pendang, petang tadi.
Mangsa yang masih belum dapat dikenalpasti lagi dikatakan memandu seorang diri menghala ke Alor Setar.
Pihak bomba menerima panggilan pada jam 5.12 petang berikutan kejadian dan tujuh anggota bersama sebuah jentera bersama sebuah Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan tiba di tempat kejadian 17 minit kemudian.
"Sebaik tiba di lokasi, kami dapati api sedang marak dan cuba memadam kebakaran sebelum menemui mayat seorang mangsa yang sudah rentung.
"Usaha mengeluarkan mayat itu dilakukan dan diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut," kata Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raya, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Jamalluddin Mat yusop.
Mohd Jamaluddin berkata kereta itu musnah 100 peratus - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " Exora Musnah Terbakar, Pemandu Rentung "