
Kopi merupakan sejenis minuman yang paling
popular untuk diminum pada pagi hari. Ini kerana kopi mengandungi
kafein yang dapat membangkitkan semangat anda. Itulah sebabnya ada orang
yang merasa hari mereka tidak sempurna dan tidak berfungsi jika belum
minum kopi di pagi hari.
Walaupun perkara seperti ini dilihat normal, namun ternyata sebuah
kajian yang dipaparkan di laman web dailymail.co.uk menyarankan agar
anda tidak meminum kopi di pagi hari.
Awas! Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Elakkan Minum Kopi Sebelum Jam 9 Pagi
Menurut pakar, ketika di pagi hari, tubuh anda mempunyai hormon cortisol
yang mencukupi dan bertindak untuk membuatkan badan anda kekal cergas,
aktif dan terjaga. Jadi sebenarnya badan anda telah menghasilkan
‘kafein’ secara semulajadi dan tidak perlu lagi meneguk secawan kopi
atau apapun minuman yang mengandung kafein. Ini adalah hasil penilitian
dan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychosomatic Medicine.
Pakar perubatan telah melakukan penelitian dan mendapati bahawa waktu
paling baik untuk menikmati kopi setiap hari adalah di antara pukul 9.30
dan 11.30 pagi kerana kafein akan memberi tindak balas dengan hormon
kortisol yang membantu tubuh bekerja lebih cergas dan aktif serta
meningkatkan kewaspadaan.
Pada waktu pagi, minuman kopi anda mungkin berguna dan mempunyai kesan efektif jika dinikmati di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi.
Sumber dari dailymail.co.uk
0 Komentar untuk " Awas! Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Elakkan Minum Kopi Sebelum Jam 9 Pagi "